Gunakan kotak ini untuk mencari maklumat berkaitan pengurusan makmal sains

Custom Search

Saturday, February 7, 2009

Pengurusan Makmal Sains Sekolah-sekolah Malaysia

Pengenalan.

Sains dan teknologi adalah merupakan satu elemen penting sebagai asas pembangunan dalam sesebuah negara didunia. Tanpa asas ini, sesebuah negara itu tidak dapat mencapai banyak kemajuan. Penyelidikan dan pembangunan ( R & D ) sesuatu produk itu bermula dari sebuah makmal sains. Tidak terkecuali di Malaysia.

Di Malaysia, kewujudan makmal-makmal sains bukan saja terfokus kepada institusi pendidikan milik kerajaan semata-mata bahkan dimajoriti institusi pendidikan swasta juga ada disediakan kemudahan ini. Semua kemudahan ini disediakan adalah khusus bagi membolehkan pelajar-pelajar menjalankan pelbagai kaji selidik dalam pelbagai bidang akademik.
Dengan segala kemudahan dan kelengkapan makmal yang tersedia, proses pengajaran dan pembelajaran sains amat mudah difahami dan memberikan lebih impak langsung kepada pelajar dan kemahiran saintifik yang lebih optimum diperolehi. Aktiviti amali dalam proses P & P merupakan wadah utama bagi membolehkan pelajar menguasai kemahiran.
Bagi memastikan penggunaan makmal sains yang berkesan, sistem pengurusan dan pentadbiran makmal sains yang lebih cekap diwujudkan. Jawatan-jawatan pentadbiran dan pengurusan seperti Ketua Bidang Sains, Ketua Panitia Mata Pelajaran serta kakitangan sokongan seperti Pembantu Makmal dan Pembantu Am Pejabat telah diwujudkan.
Dengan adanya organisasi ini, sistem pengurusan makmal akan lebih cekap dan penggunaan yang optimum serta berkesan dapat direalisasikan.

No comments: