Polis rampas 11 peluru daripada pembantu makmal sekolah
SETIU: Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dan merampas 11 butir peluru hidup dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Desa Jaya, Sungai Tong dekat sini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Supt Roslan Abdul Wahid, berkata dalam serbuan hasil maklumat awam itu, polis menemui 10 butir peluru senapang patah dan sebutir peluru pistol 3.8.
"Sepasukan anggota polis cawangan anti narkotik Setiu telah membuat serbuan 3.30 pagi dan mendapati seorang lelaki berumur 33 tahun berada dalam rumah berkenaan dan peluru itu ditemui dalam sebuah beg kecil," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu di sini hari ini.
Beliau berkata, lelaki itu yang bekerja sebagai pembantu makmal di sebuah sekolah menengah di sini ditahan reman tiga hari mulai hari ini untuk siasatan lanjut. Berita ASAL - BH3/11/2009
Perjalanan Satu Perjuangan
Feedback dari S/U Perak
saya difahamkan oleh pegawai pusat..KSKM negeri Johor masih belum mengenalpasti lokasi yang sesuai untuk diadakan Mesyuarat Perwakilan tersebut, dan \'sibuk\'... justeru setelah mengadakan mesyuarat, kata sepakat yang dicapai lokasi yang sesuai ialah Pulau Langkawi..
Saturday, February 7, 2009
Pengurusan Makmal Sains Sekolah-sekolah Malaysia
Sains dan teknologi adalah merupakan satu elemen penting sebagai asas pembangunan dalam sesebuah negara didunia. Tanpa asas ini, sesebuah negara itu tidak dapat mencapai banyak kemajuan. Penyelidikan dan pembangunan ( R & D ) sesuatu produk itu bermula dari sebuah makmal sains. Tidak terkecuali di Malaysia.
Di Malaysia, wujudnya makmal-makmal sains di semua sekolah menengah dan bilik sains di sekolah rendah milik Kementerian Pelajaran Malaysia serta makmal sains di institusi pelajaran swasta dapat memberikan asas penyelidikan dan pembangunan lebih awal khususnya kepada pelajar. Semua proses pengajaran dan pembelajaran ( P & P ) mata pelajaran sains harus dilakukan di persekitaran bilik makmal sains bagi memastikan pelajar beroleh kemahiran saintifik dengan lebih optimum. Aktiviti amali dalam proses P & P merupakan wadah utama bagi membolehkan pelajar menguasai kemahiran.
Bagi memastikan penggunaan makmal sains yang berkesan, sistem pengurusan dan pentadbiran makmal sains yang lebih cekap diwujudkan. Jawatan-jawatan pentadbiran dan pengurusan seperti Ketua Bidang Sains, Ketua Panitia Mata Pelajaran serta kakitangan sokongan seperti Pembantu Makmal dan Pembantu Am Pejabat telah diwujudkan.
Dengan adanya organisasi ini, sistem pengurusan makmal akan lebih cekap dan penggunaan yang optimum serta berkesan dapat direalisasikan.


